Bab-bab dalam Claymore
Bab-bab dalam Claymore

Bab-bab dalam Claymore

Ini merupakan senarai bab-bab dalam siri manga Jepun Claymore. Setiap bab merupakan karya dan lukisan Norihiro Yagi dan diterbitkan oleh Shueisha dalam majalah Monthly Shonen Jump.[1]Bab pertama dikeluarkan pada tahun 2001 dalam Monthly Shonen Jump, namun kemudian dikeluarkan dalam Weekly Shonen Jump secara bulanan di atas hentian majalah sebelumnya. Siri manga Claymore diteruskan dalam majalah Jump Square, sebuah majalah Shueisha yang menggantikan Monthly Shonen Jump, bermula 2 November, 2007.[2]Sejumlah 78 buah bab telah dikeluarkan di Jepun. Sebuah siri anime adaptasi manganya telah diumumkan pada keluaran Monthly Shonen Jump edisi bulan Oktober 2006.[3] Episod pertama siri ini disiarkan pertama kalinya di Jepun menerusi saluran Nippon Television, pada 4 April, 2007, dan berakhir pada 25 September, 2007.[4]Viz Media telah mengumumkan penerbitan manga Claymore di Amerika Utara pada 18 Julai, 2006 di Comic-Con International.[5] Bab pertama terbitan edisi bahasa Inggeris Claymore dikeluarkan pada 11 April, 2006 menerusi majalah Shonen Jump Amerika Syarikat.Setiap bab telah dikemaskinikan kepada tiga belas buah tankōbon di Jepun oleh Shueisha. Jilid pertama dikeluarkan pada 5 Januari, 2002, manakala jilid ketiga belas pada 4 Oktober, 2007.[6] Setiap jilid mengandungi enam bab daripada manga asal, kecuali yang pertama, yang terdiri daripada hanya empat buah bab, dan yang kedua yang terdiri daripada lima buah bab seterusnya. Sebelas buah jilid manga edisi bahasa Inggerisnya telah dikeluarkan oleh Viz Media[7], di mana jilid yang terkini dikeluarkan pada 4 Mac, 2008.[8]Siri manga Claymore belum lagi dikeluarkan oleh penterjemah dan pencetak tempatan di Malaysia.

Rujukan

WikiPedia: Bab-bab dalam Claymore http://www.amazon.com/Claymore-13-norihiro-Yagi/dp... http://www.amazon.com/Claymore-Vol-11-Taeko-Watana... http://www.amazon.com/Claymore-Vol-12-norihiro-Yag... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/manga... http://www.animenewsnetwork.com/news/2005-07-18/ne... http://www.animenewsnetwork.com/news/2006-11-01/cl... http://www.viz.com/products/products.php?product_i... http://www.viz.com/products/products.php?product_i... http://www.viz.com/products/products.php?product_i...